PENGENALAN
Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) merupakan sebuah gabungan yang berdaftar secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM-019014-20092017) pada 20 September 2017.
GDM ditubuhkan berteraskan firman Allah taala dalam surah As-Saff ayat 4 :
maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
GDM mempunyai lebih 30 buah NGO di peringkat nasional dan negeri (12 buah negeri) yang bersama dalam menggerak dan menjalankan kerja-kerja dakwah kepada masyarakat majmuk dan menyantuni mualaf di seluruh Malaysia.
MISI :
i. Menyelaraskan dakwah kepada masyarakat majmuk
ii. Untuk menyampaikan risalah Islam yang sebenar serta memperbetulkan persepsi yang tidak tepat kepada masyarakat majmuk
iii. Membantu, membangun dan mengupayakan golongan muallaf
WAWASAN 2035 :
1. Masyarakat majmuk yang faham dan senang dengan Islam2. Masyarakat majmuk menerima Islam
3. Mengekalkan yang sudah Islam agar istiqamah bersama Islam
4. Menjadi negara Islam contoh dalam dakwah kepada golongan masyarakat majmuk
Gabungan Dakwah Malaysia berjuang untuk mencapai misi dan wasasan ini dengan menjalinkan hubungan baik, memimpin dan membantu individu muslim dan organisasi dakwah Islam dalam usaha memperkasakan usaha yang sama di Malaysia.



