Makanan Tengah Hari Percuma Kepada Asnaf

19 Feb 2021 (Jumaat)- Di hari Jumaat yang barakah ini, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) bersama NGO Al-Hidayah sekali lagi mengedarkan makanan tengah hari percuma kepada asnaf-asnaf sekitar Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada para penyumbang yang menyumbang dalam projek ini. Mudah-mudahan Allah gandakan lagi pahala dan rezeki semua yang menyumbang sama ada dalam bentuk wang ringgit atau tenaga.