SALAM MAAL HIJRAH 1443 H / 2021 M

Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram Tahun 1443H. Semoga usaha dakwah yang dijalankan dapat menghidupkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat majmuk. "MANHAJ RABBANI, UMMAH BERKUALITI" #GabunganDakwahMalaysia #ManhajRabbaniUmmahBerkualiti #MaƔlHijrah443H

Tahniah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) mengucapkan tahniah kepada Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) atas Sambutan 50 Tahun penubuhan dengan tema "Separuh Abad: Gerakan Ilmu dan Bakti"..Semoga ABIM terus bergerak aktif dalam usaha- usaha mereliasasikan cita cita Islamiyyah. #GabunganDakwahMalaysia#MembudayakanDakwah

MUKTAMAR NASIONAL TAHUNAN GDM 2021

7 Ogos 2021 (Sabtu) - Alhamdulillah, selesai sudah Muktamar Nasional Tahunan GDM 2021 yang berlangsung semalam yang pertama kali diadakan secara maya. Seramai lebih kurang 100 orang lebih yang mengikut muktamar tersebut yang terdiri daripada pewakilan NGO-NGO GDM di peringkat pusat dan NGO-NGO GDM Cawangan di peringkat negeri serta pemerhati....