Kunjung Hormat Gabungan Dakwah Malaysia ke Bahagian Pendidikan Islam KPM

CYBERJAYA, 7 Januari 2020 – Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah mengadakan kunjung hormat ke Bahagian Pendidikan Islam KPM hari ini di Cyberjaya.

Kunjungan hormat yang diketuai oleh Hj Wan Ahmad Nizar, Pengerusi Unit Kesedaran Dakwah (KRA 1) bersama beberapa ecxo GDM ini menjurus kepada objektif untuk memperkenalkan GDM  dan membincangkan kerjasama bagi tahun 2020.

Hj Hassan Nudin bin A. Hamid, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik hasrat dan bersetuju untuk berkerjasama dalam melaksanakan program Daurah Mursyid Dakwah (DMD) bagi tahun ini. Ini merupakan tahun ketiga kerjasama ini diadakan.

Semoga kerjasama yang diadakan ini dapat memberi kesan yang positif kepada perkembangan Islam di Malaysia dan dapat dilaksanakan dengan lebih meluas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *