PENDAKWAH PERBAGAI ETNIK DIIKTIRAF DALAM KONVENSYEN DAKWAH KEBANGSAAN

Kuala Lumpur, 22 Disember – Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah menganjurkan Konvensyen Dakwah Kebangsaan 2019 pada hari Ahad baru-baru ini di Kuala Lumpur International Hotel. Lebih 150 orang pendakwah daripada pelbagai agensi juga badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara telah hadir dalam konvensyen yang diadakan seharian ini.

Yang Berusaha Al-Fadhil Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Yang Dipertua YADIM telah menyampaikan ucaptama ketika sesi pagi Konvensyen Dakwah Kebangsaan dijalankan. Antara yang ditekankan dalam ucapannya adalah mengenai kepentingan menguasai dan mempelajari al-quran buat para pendakwah. Tuan Haji Nicholas Sylvester yang merupakan Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) turut menyampaikan kata-kata aluan di majlis tersebut.

Sesi pembentangan laporan perjalanan dakwah sepanjang tahun 2019 dan perancangan tahun 2020 juga telah diadakan pada konvensyen tersebut. Para peserta turut berpeluang berkongsi pendapat & bertanyakan soalan sepanjang sesi konvensyen ini diadakan.

Pada sesi petang, peserta dikongsikan dengan pengalaman dakwah melalui Masjid Tour yang disampaikan oleh Puan Rahibah Che Omar, Sukarelawaan Masjid, Masjid Wilayah Persekutuan.

Konvensyen Dakwah Kebangsaan 2019 ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat & Haji bagi mewakili YB Puan Hajjah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Tuan Haji Ruslan turut berkenan menyampaikan anugerah tokoh pendakwah pelbagai etnik kepada 20 orang penerima anugerah. Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah memilih untuk mengiktiraf tokoh pendakwah untuk tujuh etnik utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak, Orang Asli & Punjabi.

Semoga anugerah yang disampaikan ini lebih memberikan suntikan motivasi buat semua pendakwah untuk terus berusaha dalam menyampaikan Islam kepada semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *