DAURAH MURSYID DAKWAH PERINGKAT NEGERI SABAH

24-26 September 2019_Daurah Mursyid Dakwah Peringkat Negeri Sabah merupakan anjuran kali ke enam diadakan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Hidayah Centre Foundation.

Seramai lebih kurang 100 orang peserta terlibat yang terdiri daripada guru pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia. Program selama tiga hari ini dijalankan di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah.

Penekanan terhadap kewajipan berdakwah dikalangan masyarakat majmuk dikongsikan secara teori dan juga turun padang ke lapangan di sekitar bandar Kota Kinabalu untuk menyampaikan risalah Islam melalui Harmony Outreach.

Alhamdulillah, seorang hamba Allah telah kembali ke agama fitrah dengan melafazkan dua kalimah syahadah.

#GabunganDakwahMalaysia
#RahmatanLilAlamin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *