SPECIAL OPEN YOUR EYES DINNER (SOYED)

[Sabtu, 24 Ogos 2019]-Program Special Open Your Eyes Dinner (SOYED) kali ini diadakan berbentuk forum mengupas tajuk “Apa Makna Menjadi Warga Negara Malaysia”. Program ini telah diadakan di De Palma Hotel, Ampang.

Program ini dianjurkan bertujuan memperbetulkan salahfaham yang berlaku antara agama dan mengeratkan hubungan antara kaum dan agama di Malaysia.

Tiga orang ahli panel istimewa yang dijemput iaitu Dr. Balachandran Gopal Krishnan, Saudara Kuan Chee Heng dan Saudara Zun Arif Hakim serta Saudara Xifu Naser sebagai moderator forum.

Seramai 71 orang tetamu telah hadir dimana 33 orang daripadanya terdiri dari mereka yang bukan beragama Islam.

Forum ini mendapat maklumbalas yang sangat baik dan positif daripada para hadirin. Diharapkan forum – forum seperti ini dapat diperluaskan dalam usaha mewujudkan kefahaman yang baik antara kaum & agama dan ke arah membentuk Malaysia Baharu yang harmoni.

Tahniah diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *