MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI HARMONI 2019

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI HARMONI 2019 kali ini adalah anjuran bersama tiga gabungan organisasi di Malaysia iaitu Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE DBKL) &  Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN). Majlis ini telah diadakan pada 29 Jun 2019 (Sabtu) jam 10.00 pagi – 2.00 petang di Taman Rekreasi Pudu Ulu, Cheras Kuala Lumpur.

Pada kali ini terdapat 10 organisasi dari tiga gabungan ini yang tampil untuk bersama menjayakan penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri Harmoni 2019 iaitu:

  1. Hidayah Centre Foundation (HCF)
  2. Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
  3. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  4. Pertubuhan Iqra’ Malaysia (PIM)
  5. Pertubuhan Momogun Muslim seMalaysia (Momogun)
  6. Pertubuhan Muallaf Global (PMG)
  7. Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia (Al-Hidayah)
  8. Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI)
  9. Islamic Information & Services Foundation (IIS)
  10. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Sambutan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa, agama dan latar belakang. Objektif penganjuran ini adalah untuk “mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk di Malaysia disamping menunjukkan Islam adalah satu cara hidup yang membawa rahmah kepada seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin).

Di dalam majlis ini akan diadakan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang diraikan dari golongan anak-anak yatim, orang tua, orang asli, dan saudara baru.

Pelbagai jenis juadah tradisional Melayu dan pelbagai etnik telah dihidangkan dan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan budaya pelbagai kaum dan etnik, sudut pameran Islam, booth jualan.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang, pihak media, sukarelawan dan ahli-ahli ngo yang terlibat menjayakan program yang gilang-gemilang ini dengan semangat berlumba-lumba membuat kebaikan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *