GDM GATHERING : “HALATUJU DAKWAH MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA PERSPEKTIF BUKAN ISLAM”

GDM Gathering : “Halatuju Dakwah Masyarakat Majmuk Di Malaysia Perspektif Bukan Islam” anjuran Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Ahad, 21 April 2019 semalam sempena Mesyuarat Agung Tahunan GDM 2019.

Konvensyen ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah kepada semua pewakilan NGO dakwah dan pewakilan Gabungan Dakwah Malaysia Cawangan berkaitan halatuju Gabungan Dakwah Malaysia

Seterusnya, ucaptama telah disampaikan oleh Ustaz Ridzuan bin Awang, Ketua Penolong Mufti, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertajuk “Halatuju Dakwah Masyarakat Majmuk Di Malaysia Perspektif Bukan Islam”. Antara perkara yang di sebut beliau ialah salah faham masyarakat bukan Islam terhadap Islam seperti islam hanya untuk bangsa melayu sahaja. Beliau juga menegur golongan agamawan yang hanya berada dalam zon exclusive dan kurang terlibat dalam aktiviti dakwah kepada bukan Islam.

Program ini diakhiri dengan perbincangan bagaimana untuk menggerakkan Pelan Dakwah Kebangsaan. Perbagai komen dan cadangan telah dilontarkan bagi mengemas kini gerak kerja dakwah dalam kalangan masyarakat majmuk.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *