DAURAH MURSYID DAKWAH PERINGKAT NEGERI PERAK

Pada 26 hingga 28 Februari 2019, telah berlangsungnya program Daurah Mursyid Dakwah Peringkat Negeri Perak anjuran bersama Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia,  Gabungan Dakwah Malaysia dan Hidayah Centre Foundation. Program selama tiga hari ini dijalankan di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Daurah Mursyid Dakwah Peringkat Negeri Perak merupakan daurah kali ketiga selepas peringkat Zon Tengah dan peringkat Zon Utara.

 

Daurah Mursyid ini menekankan kewajipan berdakwah kepada para ustaz dan ustazah dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Di samping pengisian secara teori, ustaz dan ustazah juga turut mempraktikkannya secara praktikal dengan turun padang ke lapangan dakwah di sekitar Bandar Ipoh untuk menyampaikan risalah Islam. Hasil dari penerangan Islam yang sebenar, seorang telah melafazkan syahadah. Alhamdulillah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *