Daurah Mursyid Dakwah Peringkat Zon Utara 2018

9-11 November 2018- Gabungan Dakwah Malaysia dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Islam, KPM dan Hidayah Centre Foundation telah menganjurkan Program Daurah Mursyid Dakwah di Kompleks Tabung Haji, Pulau Pinang. Peserta adalah dari 100 orang Guru Pendidikan Islam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dari zon utara (Perlis, Penang dan Kedah).

 

Tujuan utama program ini adalah memberi kesedaran berdakwah kepada assatizah tentang kewajipan berdakwah dikalangan masyarakat majmuk. Di samping pengisian secara teori, para guru juga turun padang ke lapangan dakwah di sekitar Pulau Pinang untuk menyampaikan risalah Islam dalam aktiviti street dakwah.

 

Sebagaimana Nabi yang kita cintai menyampaikan risalah yang Allah ta’ala turunkan kepada beliau, Beliau juga memerintah ummatnya untuk menyampaikan apa yang mereka terima darinya walaupun hanya satu ayat, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda dalam sebuah hadis :

“sampaikanlah dariku walau sepotong ayat” [HR Bukhari]

 

Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Pn.Hjh. Kamariah binti Isa (Timb.Pengarah Bahagian Pendidikan Islam).

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *