Tadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah

Tadau Kaamatan atau Pesta Menuai diraikan oleh pelbagai suku etnik seperti Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Sungai , Idaan, Lundayeh dan banyak lagi suku kaum tempatan di Sabah. Walaupun telah memeluk Islam etnik momogun tetap boleh meraikan Pesta Menuai secara patuh shariah.

Pesta Tadau Kaamatan ini juga bertujuan menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah yang Maha Esa di atas kurniaan rezekiNya di dalam keberhasilan penuaian padi dan juga pelbagai usaha yang produktif seperti berladang, berindustri, berniaga dan segala usaha lain sesuai dengan peredaran zaman.

Sambutan  ini berjalan dengan harmoni dan dapat disambut bersama tanpa mengira latar belakang masyarakat. Ini bertepatan dengan objektif utama program ini dibuat iaitu :

1.Memberi penghayatan serta kefahaman Perayaan Tadau Kaamatan dalam konteks yang sebenar.
2.Mengetengahkan identiti Masyarakat Momogun Muslim kepada masyarakat di Sabah
3.Meraikan Tadau Kaamatan Harmoni sebagai perayaan masyarakat momogun muslim yang selari dengan norma Islam.
4.Menjalinkan hubungan persaudaraan antara masyarakat momogun muslim dengan non-muslim
5.Memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam bahawa Perayaan Tadau Kamatan boleh diraikan dalam batas-batas Islam.

Semoga dengan penganjuran Tadau Kaamatan Momogun Muslim ini dapat membina hubungan harmoni dengan semua etnik dan penganut pelbagai agama di Malaysia amnya dan di Sabah khususnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *