Daurah Mursyid Dakwah Peringkat Zon Tengah 2018

Pada 13 hingga 15 Julai 2018, telah berlangsungnya program Daurah Mursyid Dakwah di Peringkat Zon Tengah melibatkan guru-guru pendidikan islam dari Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Program ini merupakan anjuran bersama Gabungan Dakwah Malaysia, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Hidayah Centre Foundation dan Lembaga Zakat Selangor, MAIS.

Majlis perasmian program ini telah dirasmikan oleh Dr. Hj Azhar bin Hj Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam. Beliau menekankan mengenai kepentingan berdakwah lebih-lebih lagi kepada guru-guru pendidikan Islam yang sememangnya mempunyai ilmu untuk menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat diluar sana.  Turut hadir  sama menyampaikan ucapan aluan adalah Tuan Hj. Muhammad Nicholas Sylvester, Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *