KATA PERUTUSAN PENGERUSI GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA

 

HAJI NICHOLAS SYLVESTER MUHAMMAD ABDULLAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillahirabbil’aalamin, segala puja dan puji syukur kami rafakkan kepada Allah Yang
Maha Penyayang, ke atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya, dan salawat dan salam juga
kepada junjungan Nabi Besar Muhammad SAW beserta keluarganya, para sahabatnya, dan
seluruh ummatnya yang senantiasa istiqomah hingga akhir zaman.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nahl, ayat 125:

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ

yang bermaksud; “Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang
baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” Memegang amanah dari ayat tersebut
dalam kewajipan menyampaikan risalah Islam, kami di Gabungan Dakwah Malaysia
memberikan fokus kepada program-program dakwah kepada yang belum islam dan
mengwujudkan keharmonian di dalam masyarakat majmuk yang terdiri dari berbilang kaum
dan agama. Di antara objektif kami juga ialah untuk memperbetulkan persepsi yang tidak tepat
kepada seramai mungkin golongan belum Islam.

Gabungan Dakwah Malaysia amat mengalu-alukan semua pihak yang mempunyai visi dan misi yang seiringan dengan kami untuk menjadi kolaborator dan rakan kami, serta berganding bahu untuk mencapai objektif yang sama. Marilah kita sama-sama mencari keridhaan Allah seperti firman Nya:

yang bermaksud: Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-
benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-
benar beserta orang-orang yang berbuat baik."
(Al-Ankabut, ayat 69)

Semoga Allah memudahkan dan menerima segala amalan murni ini.

Sekian, jazakallahu khairan kathiran.

Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah
Pengerusi
Gabungan Dakwah Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *