KONVENSYEN GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA 2017

Alhamdulillah Konvensyen GDM 2017 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 30/12/17 di Hotel Putra KL. Konvensyen ini telah dihadiri oleh 75 orang, 21 NGO dan 12 Negeri. Turut hadir juga wakil dari JAIS (Sarawak) dan JAIP (Pahang). Majlis telah dirasmikan oleh Ust Halim b Ahmad Pengarah, Keluarga, Sosial & Komuniti JAKIM mewakili DS Jamil Khair Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Antara lain, beliau menyatakan…

Dalam usaha menyampaikan risalah Islam ini kepada golongan yang belum Islam, kita juga dituntut untuk melaksanakannya dengan cara berjamaah dan tersusun. Masing-masing NGO mempunyai kekuatan-kekuatannya yang tersendiri. Begitu juga institusi agama di Malaysia juga ada kelebihannya tersendiri. Apabila kekuatan ini disatukan, ia akan menjadi suatu usaha yang lebih mantap,  saling lengkap-melengkapi serta tersusun dan ianya suatu yang sangat disukai oleh Allah swt.

Perkongsian perkembangan GDM dan GDN telah dibuat oleh SUA GDM dan wakil-wakil negeri. Alhamdulillah, GDN Pulau Pinang telah berjaya terpilih sebagai Gabungan Dakwah Negeri terbaik berdasarkan aktivisma gabungan yang mantap dan menjadi negeri pertama yang telah membuat pendaftaran gabungan dengan ROS. Sumbangan RM12,000 telah disampaikan sebagai motivasi kepada semua wakil negeri untuk melipatgandakan usaha dakwah ini bersama.

Satu Resolusi Konvensyen GDM telah dihasilkan yang antara lain menuntut supaya memantapkan usaha gabungan dakwah negeri, wujudnya resource mapping dikalangan NGO dawah dan kepentingan R&D.

 

Bagi pihak GDM, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan konvensyen yang julung kali diadakan dengan rasminya setelah pendaftaran GDM berjaya.

 

Semoga segala usaha kita diberkati Allah swt.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *